Thursday, 27 June 2013

Crush! Crush! Crush!

   Malam ni, rasa nak update pasal crush la. Lama dah tak kesah sebenarnya kat crush, tapi 'Fever Crush' kat sekolah semakin berleluasa... Aku ada cerita pasal cousin aku, dia ada crush then dalam masa yang sama dia dah ada buah hati.. Boleh ke macam tu? Setia ke? Em, I don't care at all. Hehe :D Dia couple kalau tak silap aku dah 3tahun rasanya la. Dan dia simpan hati dekat crush dia pun selama dia couple tu la. 3tahun kott?? Lama la jugakkk. Kalau korang laa, boleh tahan ke?? Aku pun belum tentu :P

   One day, pakwe dia tahu yang dia ada crush malah always texting. Diorang kantoi dalam laman sosial jugak sebab crush dia comment dekat status dia.. Oleh sebab kejadian tuu, cousin aku ni dah tak peduli pasal crush dia. Yela nanti tak pasal-pasal bertumbuk buat kedua kalinya. Setahun kemudiannya, si crush muncul semula dalam kehidupan harian dia.

  Dua tiga hari lepas, dia ada simpan text dekat draft:

   "I keep thinking bout u although ,I tried so hard to forget it . I tried not to accidently meet you ,but sometimes .myheart ask me to do that ,go go go n meet him . Although I already tried to avoid it . I tried so hard to forget all our memory ,but its all kept playing on my mind . I tried to forget our song ,but I can't . I kept sing the song n thinked bout you till asleep , . I tried not to dream bout you , but .I accidently dream bout you , n It was a sweet dream for me ,argghh ! Now u know how stupid I am ?kept thinking bout you even if I'm tried so hard to hate you ,but I can't ! God please .. Help me .. 
*credit to crush . ♥"

Text tu mungkin saja untuk luahan hati dia kot. I'm sorry for her. Dah la, tak mau cerita panjang-panjang. So, I wish you luck, dear. xoxo
 BYEE~

Wednesday, 26 June 2013

Sahabat

Okey la. lama rasanya tak update blog. Sebenarnya tak tahu nak story apa tapi tangan ni je gatal nak meng'update'. Rindu je nak menaip. Hukhuk. But, memang ketandusan idea la nak cerita kat korang. Emm. Story pasal SAHABAT pun okey jugak? Kan?

  Sahabat? saya ada ramai sahabat. Ramai sangat, sampai tak terbilang, tak cukup jari tangan tambah jari kaki tambah lagi jari sahabat saya. Masih tak cukup pun. Sahabat ni bukan waktu senang je mereka ada. tapi, waktu susah mereka tetap bersama kita. Walaupun tak membantu, at least menjadi pendengar masalah sahabat. Betul tak? So! kalau nak jadi sahabat, kita harus bersikap sabar :D

Keep Calm And Byeee! xoxo

Sunday, 16 June 2013

Sambungan Cinta Remaja :P

    Boleh tak nak bahasakan diri "aku". Lagi selesa mungkin.... Firstly, aku memang syok giler kat dia. Menaruh harapan bagai gunung Everest tingginya. Tup-tup, dia boleh bagitau dekat bestie aku yang dia dah ada pakwe? Tak ke meroyan aku dibuatnya? Tapi mungkin tu ujian kepada aku kott. Hehe. Masih menaruh harapan ni... Eh, mesti la.. Aku suka giler dekat dia kott!

    "Texting dengan pakwe". Dengan muka comel dia tu, straight forward dia bagitau aku! Lagi la bengang aku.. Lepas tu, dia boleh senyum je? Amboi, sakit giler hati aku. It's okey, dear. I'm still waiting... You're mine.....

 xoxo :D

Wednesday, 12 June 2013

Cinta Remaja

     Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian. Saya rasa gatal tangan pulak nak update blog kali ni.. Okey, saya nak buat pengakuan yang agak berani mati la... Hehe... Sebenarnya, saya ada la suka dekat sorang girl ni. Saya dah lama perhatikan dia, tambahan lagi saya sentiasa texting dengan dia. Walaupun bukan la 24hours :D Dah banyak dah saya buat benda untuk tackle dia, tapi memang tak jalan la plan saya tu. Bila saya bagitahu dia yang saya suka kat dia, dia boleh buat don't know je! Rasa bengkak pulak hati ni..... Mungkin dia nak tengok tahap kesabaran aku kot? Game begins start, dear.....


    That's all for this entry. Daaaaaaaadaaaaa :D     
     Wish me luck korang. xoxo

Friday, 7 June 2013

Relevan Cinta Dan Remaja

Suasana pagi yang tenteram membuatkan saya terfikir untuk update blog kali ni.. Okey, saya teruskan dengan agenda saya ye..



 Cinta dalam kalangan remaja memang amat relevan dikala zaman remaja yang meningkat dewasa dimana segala perasaan bercampul aduk ketika zaman ini. Cinta Remaja ini boleh dikatakan 80% yang terbabit adalah dalam kumpulan pelajar sekolah. Bukan sekadar golongan pelajar sekolah menengah, malah pelajar sekolah rendah sudah kenal apa itu cinta! Apakah yang saya perkatakan ini adalah benar? Jawapan itu ada dalam diri anda. Bagi pandangan saya, jangkaan saya adalah benar. Cubalah anda semua survey sekolah-sekolah rendah dan menengah dekat area rumah anda....



 Semasa berada di zaman keremajaan, perasaan ini mencuba seakan membuak-bak dalam diri masing-masing. Namun, saya tidak nafikan remaja memang ingin disayang dan menyayangi. Itu tidak menjadi faktor kegagalan dalam akademik pelajar tersebut sekiranya pelajar tidak terlalu taksub dengan percintaan ini. Sebaliknya, mereka perlu bijak menangani keadaan agar sesi pembelajaran tidak terganggu. Saya bukan nak menyibuk tapi sebagai sahabat sekurangnya nak tengok kawan saya happy. Kalau dengan cara bercinta untuk membuatkan sahabat saya happy, saya tak boleh nak halang dan itu memang hak dia. Tapi jangan nanti pelajaran diabaikan. "Cinta tak boleh bagi kau orang makan". Jadi, ambil masa buat seketika dan renungkan apa yang saya katakan.




 Gambar diatas jelas menunjukkan bahawa, godaan dapat ditepis dengan kalimah suci. Dengan erti kata lain, "Istifar". Insya-Allah, dengan izin-Nya kita dapat mengelakkan diri daripada lalai untuk melakukan maksiat. Ustazah saya pernah berkata "Sesungguhnya, bercinta selepas kahwin paling suci daripada sebulum berkahwin". Pada sudut pandangan saya, ambil langkah mudah iaitu belajar sehingga peringkat tinggi dan bina hidup agar lebih cemerlang kemudian tiba masa fikir fasal "CINTA". Renungkan lah......

 Salam Sayang, Syahmi :D


Monday, 3 June 2013

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya masih baru dalam dunia blogging ni. Tapi saya mencuba untuk membuat anjakan walaupun bukan yang nak paradigma sangat.


 Buat pertama kalinya saya menerjah dalam bidang blogging ni, saya mula rasa apa yang diri saya amat tenang sambil berkongsi serba sedikit ilmu yang mungkin saya dapat selepas ini kepada anda sekalian.



 Saya menyucapkan salam perkenalan buat julung kalinya kepada pembaca entry ini. mungkin saya berasa kekok ketika ini dek kerana ini merupakan entry yang pertama dalam seumur hidup saya.


 hanya setakat ini sahaja dahulu entry saya kali ini.. Selamat Jumpa Lagi dilain entry :D

Assalamualaikum...