Thursday, 26 November 2015

KEBUD'S CAFE

     


     Alhamdulillah. Segala syukur kami Kebud's Family kehadrat Illahi. Rezeki yang dikurniakan kepada kami. Tak terkata. Yes. Ada yang mengata. "Eleh, kalau untung pun tak seberapa. Tak payah nak bonggah sangat." Betul. Tapi itu kan usaha kami sendiri. Suka hati la. HAHAHA. *Gelak jahat. Mohon raikan usaha anda dengan daun saderi. 






     Well. This is not my first experience in business. YUHUUU. Boleh dikatakan keluarga saya memang keluarga business la. Tapi tak ada la business yang juta-juta tu. Alaa apa istilah zaman sekarang tu? Haaaa. Industri Kecil & Sederhana (IKF). Banyak jugak la yang dipelajari dengan join aktiviti jualan ni.




    Kita tak akan belajar dalam kelas tentang selok belok business ni. business trick setiap individu tu berbeza. Tak sama. Kalau sama pun mungkin certain je. Ada orang suka kaut untung dengan cara mudah. Cara monopoli business orang lain. Tapi dalam Islam, haram. Syukur kita negara yang masih Islam. 






    Cara kerja pula. Setiap orang mungkin akan selesa bekerja dengan cara mereka sendiri. And tak mustahil bila dah mempunyai share dalam sesebuah perniagaan ni, susah untuk buat keputusan kan? Paling tak pun, kita sebagai pekerja ni kena la pandai buat keputusan. Jangan nampak sangat yang kita tu macam tak pernah masuk dapur.




     Since kita dah nampak duit (keuntungan), kita lebih cenderung untuk meneruskan agenda business. Of course la kan. Duit. Keching! Yang peritnya mana nak dapatkan modal. Tu je. Then bila dah start berniaga tu. Haaa. Tiap untung yang dapat tu boleh la buat modal pusingan. And lebihan untung tu boleh simpan. 




    Gratefully because I've got a chance to involved into this event. "Hari Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki". See you on the next session. Anyeong.


Wednesday, 4 November 2015

ICAF UKM 2015 (Teater)

Assalamualaikum. 

     Allahu. Penat yang teramat sangat bila terlibat dengan seni teater ni. Biasa la kan, bila dah aktif dalam kebudayaan ni mana yang tak penat kan? Tak kesah la tarian ke teater ke nasyid ke. haaa. Sumpah la penat sangat kuasa tiga. 

     Bukan nak merengek, tapi luahan hati. Cewahh. Sebenarnya seronok masuk pementasan teater ni. Banyak benda yang kita boleh belajar dalam setiap perbuatan kita tu, tentang watak kita dan semua la yang termasuk. Yela, nak belajar tak semestinya dalam bilik yang selesa dengan peralatan meja dan kerusi. "Knowledge is everywhere." 

Teater Pertama Harith bersama artis Kolej Aminuddin Baki, UKM.

    Pengalaman pertama hadir ujibakat teater. Personaliti kena jaga. Sebab, pandangan pertama orang terhadap kita adalah melalui cara kita berpakaian dan percakapan. Ini ramai yang dah tahu kan. Penampilan tu penting. Perlu sentiasa nampak kemas dan teliti dan segala aspek. Dari segi berkata-kata, kejelasan vokal yang dilontarkan amatlah penting.

    Dalam pementasan lakonan, pelakon yakin dengan watak yang dilakonkan. Namun bukan sesenang yang dilihat. Ia memakan masa untuk mengumpul emosi dan tenaga. Yang paling utama, pelakon mestilah mengenal diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengambil diri untuk berada dalam tempat orang lain, untuk jadi orang lain dalam erti kata lainnya.

     Bagi proses crew produksi pula, kerjasama antara pelakon amat dititikberatkan. Sudah terang lagi bersuluh. Cuba bayangkan kalau dunia teater atau lakonan tanpa mereka, tak akan naik seseorang pelakon tu. Pakaian persalinan, solekan, dan sebagainya. Suatu kerja yang bukan senang untuk mereka laksanakan dengan jayanya. 

     Salam Seni Teater Aminuddin Baki.