Wednesday, 4 November 2015

ICAF UKM 2015 (Teater)

Assalamualaikum. 

     Allahu. Penat yang teramat sangat bila terlibat dengan seni teater ni. Biasa la kan, bila dah aktif dalam kebudayaan ni mana yang tak penat kan? Tak kesah la tarian ke teater ke nasyid ke. haaa. Sumpah la penat sangat kuasa tiga. 

     Bukan nak merengek, tapi luahan hati. Cewahh. Sebenarnya seronok masuk pementasan teater ni. Banyak benda yang kita boleh belajar dalam setiap perbuatan kita tu, tentang watak kita dan semua la yang termasuk. Yela, nak belajar tak semestinya dalam bilik yang selesa dengan peralatan meja dan kerusi. "Knowledge is everywhere." 

Teater Pertama Harith bersama artis Kolej Aminuddin Baki, UKM.

    Pengalaman pertama hadir ujibakat teater. Personaliti kena jaga. Sebab, pandangan pertama orang terhadap kita adalah melalui cara kita berpakaian dan percakapan. Ini ramai yang dah tahu kan. Penampilan tu penting. Perlu sentiasa nampak kemas dan teliti dan segala aspek. Dari segi berkata-kata, kejelasan vokal yang dilontarkan amatlah penting.

    Dalam pementasan lakonan, pelakon yakin dengan watak yang dilakonkan. Namun bukan sesenang yang dilihat. Ia memakan masa untuk mengumpul emosi dan tenaga. Yang paling utama, pelakon mestilah mengenal diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengambil diri untuk berada dalam tempat orang lain, untuk jadi orang lain dalam erti kata lainnya.

     Bagi proses crew produksi pula, kerjasama antara pelakon amat dititikberatkan. Sudah terang lagi bersuluh. Cuba bayangkan kalau dunia teater atau lakonan tanpa mereka, tak akan naik seseorang pelakon tu. Pakaian persalinan, solekan, dan sebagainya. Suatu kerja yang bukan senang untuk mereka laksanakan dengan jayanya. 

     Salam Seni Teater Aminuddin Baki. 

No comments: